110306 3HREE Voice Staff Account

“Jaejoong – Seorang pemimpin/leader yang mempunyai sifat bertangggungjawab yang sangat tinggi

Suatu hari

Saya menuju ke lokasi

Secara tiba-tiba saya diarahkan untuk menjalankan wawancara dengan Jaejoong…Sewaktu saya sedang berada di dalam kereta,saya berfikir, “Tanya dia itu…ini….” Dan buat ‘voice memo’ /rekod suara dalam iPhone saya.

Ketika saya tiba di lokasi,telah ada banyak staff berada disitu

Mungkin kerana saya terlalu gementer sehinggakan saya tidak menyedari yang Jaejoong sedang menyapa saya(tak  sangka……)

Dengan perasaan yang bercampur aduk,saya membalas panggilannya dengan lambaian tangan.

Kami duduk bertengtangan

Entah kenapa…..mungkin kerana semua orang sedang memerhati/melihat….Saya berfikir bahawa mungkin akan sedikit sukar untuk berbual/berkomunikasi dengan Jaejoong.

….Dia berkata, “Haruskah kita lebih relax/santai sedikit?”

Kemudian,dia berkata semula, “tenang.~”

Kemudian,terima kasih kepadannya kerana dengan kata-katanya saya dapat membuang segala kebimbangan dan menanyakan beberapa soalan kepadanya.

Kerana tema kali ini adalah ‘Tokyo’, terdapat banyak soalan menggunakan perkataan ‘Tokyo’… dan perbualan semakin selesa dan rancak,terselit juga beberapa cerita lain.

Hinggakan ada soalan seperti “Makanan apa dan lauk apa yang anda masak untuk Yoochun?Bagaimana pula dengan Junsu?”-Saya dapat menanyakan soalan dengan tenang.

Setelah kami selesai dengan soalan yang terakhir,kami berdua berdiri,berjabat tangan, dan dia memeluk saya.

Baginya,pelukan adalah satu kemestian.

Dia ingin menyampaikan(meluahkan)perasaannya dengan baik.Dia seorang yang sangat baik.Sangat sopan dan ini menyebabkan saya lebih kagum dengannya.

Bagaimanapun,saya dapat merasakan seperti ada sesuatu yang dia tidak puas hati….

Beberapa minit kemudian,dia berkata sekali lagi

“Yang ini,ramai orang yang akan tontonkan?Jika temanya adalah Tokyo,adakah ini bermakna hanya orang Jepun sahaja yang boleh memahaminya?…..Saya hendak meninggalkan mesej untuk fans yang berada di Negara lain juga”

Mengkagumkan.Dia berfikiran panjang

Sebenarnya,tiada masalah dengan kandungan soalan,tetapi saya ingin menyampaikan perasaan Jaejoon dengan sebaik mungkin

“Anda ingin melakukannya sekali lagi?”

Kemudian,kamu duduk semula sekali lagi dan berbicara mengenai hal-hal yang berbeza,seperti apa pendapatnya mengenai negara lain

Kali ini,dia puas

Saya gembira dengan wawancara  kali kedua ini tanpa perasaan ragu-ragu

Dia seorang yang sangat pemaham.

Dia betul-betul mengerti apa yang diingini oleh peminat.Saya rasa itulah sebab kenapa dia tidak puas hati dengan wawancara yang pertama.

Rasa Tanggungjawab yang sangat besar

Ada banyak perkara yang membebani JYJ,tetapi dialah yang mengikat mereka supaya sentiasa bersama. Dan inilah sebabnya mengapa YooChun dan Junsu sangat percaya kepadanya bahkan mereka meletakkan sepenuhnya kepercayaan padanya.

Dia bagaikan watak An-chan dalam drama “Hitotsu Yane no Shita” LOL

Adakah hanya saya yang berfikiran seperti itu?

T/N:Staff tersebut telah memadam post ini.Orang ramai berpendapat mungkin kerana peminat menyerangnya(bukan secara fizikal^^) kerana memanggil Jajoong sebagai ‘Leader’.Dia menjelaskan bahawa dia memadam post ini bukan disebabkan oleh anti atau apa-apa,tetapi terdapat komen yang merungut mengatakan bahawa dia hanya berbicara mengenai Jaejoong sahaja.Dia berkata dia juga akan berbicara mengenai Yoochun dan Junsu pada masa akan datang.

 

Sumber:3hree Voice Staff Blog

Kredit: OneTVXQ.com

Trans: srilovejyjdiaries.wordpress.com/

 

Leave a comment

Filed under staff blog

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s