110218 Park YooHwan “Park YooChun Adalah Seorang Abang Yg Bagaikan Ayah,Saya Bangga Dengan Dia”

Park Yoohwan mengatakan bahawa abangnya Park Yoochun adalah “Seorang abang yg bagaikan seorang  ayah.”
Walaupun dia telah membuat debutnya sebagai seorang pelakon, Park Yoohwan lebih dikenali sebagai adik Park Yoochun. Berita artikel dan wawancara yang dikeluarkan tentang dia semuanya meliputi rujukan untuk Park Yoochun. Meskipun tidak akan mengejutkan jika Park Yoohwan merasa sedikit kecewa dengan hal tersebut,dia  tersenyum dan berkata, “Saya bangga dengan fakta bahawa Park Yoochun adalah abangku.”

Park Yoochun adalah lima tahun lebih tua dari adiknya. Park Yoohwan berkata, “Masa kecil , saya tinggal di Virginia dengan keluarga saya. Kami adalah satu-satunya orang Asia di daerah kami. Orang-orang bersihat perkauman terhadap kami.Ketika saya berjalan dengan ekspresi gelap di wajah saya. Tapi ketika masih di rumah, saya boleh  tersenyum riang. Abang layan dan ambil berat seperti seorang ayah. ”

Park  Yoohwan mengaku bahawa dia senang ketika abangnya pergi ke Korea untuk menjadi seorang selebriti. Mereka telah berkongsi bilik bersama hingga kesaat itu,Park Yoohwan berfikir, “Semuanya milikku sekarang.” Tapi itu hanya darah muda kerana ia berubah menjadi sebuah kerinduan yang mendalam bagi abangnya itu.

Setelah itu, Park Yoochun berjaya sebagai penyanyi. Beberapa tahun yang lalu,mereka sekeluarga kembali ke Korea, Park Yoohwan berkata, “Saya takut pada awalnya kerana saya telah meninggalkan Korea pada usia muda. Saya kadang-kadang berbicara tidak sopan kepada mereka jauh lebih tua dari saya. Abang saya mengajar  saya mengenai Korea dengan usahanya sendiri”

perasaan Park Yoohwan tentang abangnya tampak murni dan polos. Dia berkata, “Di rumah, dia hanya seorang abang yang lebih tua. Tetapi ketika dia berada di atas pentas,dia menjadi seorang yang sama sekali berbeza ” Park Yoochun sangat tegas kepada adiknya tapi tidak pernah lupa untuk memberinya kasih sayang.

Park Yoohwan menyaksikan Park Yoochun di pentas.Dia juga melihat abangnya menderita  meninggalkan TVXQ. Tapi ketika Park Yoohwan kata Park Yoochun bahawa dia ingin menjadi pelakon, Park Yoochun tidak membantah. Sebaliknya, memberi adiknya beberapa nasihat yang jujur. “Industri hiburan adalah tempat yang sukar. Fikirkan keputusan dengan serius. Tetapi jika awak masih ingin menjadi pelakon selepas itu, saya akan ke sana untuk awak. ”

Dan nampaknya Park Yoochun akan tetap berpegang pada kata-katanya. Dia menghadiri sidang akhbar untuk drama Park Yoohwan yg ketika ini muncul dalam, ‘Shining Shiny Shiny’. Dia bahkan muncul di lokasi drama untuk melihat adiknya. Park Yoohwan mengucapkan terima kasih untuk datang dan bahkan mengatakan bahawa dia berharap untuk penampilan abangnya.

Source:Newsen

Trans:srilovejyjdiaries.wordpress.com/

Shared by: srilovejyjdiaries.wordpress.com/

Leave a comment

Filed under JYJ

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s